Monday, August 18, 2008

Saiful gives statement to FT religious dept

Aug 19, 08 12:13pm
Alleged sodomy victim Mohd Saiful Bukhari Azlan, 23, is at the Federal Territory Islamic Religious Department (Jawi) this morning to give his statement over his sodomy allegation.


He has alleged that PKR leader Anwar Ibrahim had sodomised him.

Anwar lodged a complaint to Jawi over the allegation, stating that it was untrue and defamatory. He has also been called up twice by the religious department to give his statement.

This is Mohd Saiful's first visit to Jawi on this matter. He arrived at the department at 10am, wearing a blue shirt, black pants and a songkok.

He was accompanied by his father, Azlan Mohd Lazim, and lawyer, Zamri Idris.

Saiful spend about three hours at the department and left the scene without talking to the waiting reporters.

He was quickly whisked away into a waiting Proton Waja which then sped off the building.

Saiful's lawyer Zamri was also evasive and refused to comment on the visit today.

"Saiful came to visit some Jawi officials," he said before leaving.

Anwar pleaded not guilty in the Kuala Lumpur Sessions Court on Aug 8 to sodomising Mohd Saiful, a former aide, in a condominium in the city on June 26.

Last Friday, Mohd Saiful swore on the Quran at the Federal Territory Mosque that he had been sodomised by Anwar on June 26 and that it was not consensual.


Syarikat Prepaid via SMS

Tarikh 26 Jun 2008

Saiful mendakwa dia dirogol pada 26 Jun 2008.

Pada hari yang sama, saiful telah log in di dalam http://profiles.friendster.com/3166244.

Kepincangan jalan cerita ini juga berlaku pada tarikh 29 Jun 2008. Pada 29 Jun 2008, telah dinyatakan pada profile friendster Saiful bahawa kali terakhir dia login adalah 3 hari sebelum itu, bermakna 26 Jun 2008.

26 Jun 2008 adalah kali terakhir berlaku kejadian liwat ke atasnya dan sebelum tarikh tersebut, dia juga mengatakan dia telah diliwat beberapa kali tanpa kerelaan.

Apabila berlaku sesuatu tanpa kerelaan ke atas diri seseorang, ini akan mengakibatkan trauma. Bagaimana seseorang yang trauma masih ingin melayari Friendster.

Mungkin tunang yang login akaun Friendster Saiful. Ataupun sekiranya ada sesiapa yang menyaksikan Saiful login Friendster pada 26 Jun 2008 sila tampil ke hadapan.

Dan juga apabila berlaku sesuatu tanpa kerelaan, bagaimana ia boleh berlaku berulang kali? Ini menunjukkan samada kejadian ini tidak berlaku ataupun berlaku dengan kerelaan.

ulasan dari http://www.akubetul.com/2008/06/mohd-saiful-bukhari-azlan-mangsa-liwat.html

Tambahan: Pada 25 Jun TPM mengaku Saiful berjumpa dengan beliau dalam keadaan seram-seram sejuk.

Pada 28 Jun, Saiful buat laporan polis dengan mendakwa dia dirogol pada 26 Jun 208.

Mahkamah pula mendakwa Anwar suka sama suka meliwat Saiful.

Pening, pening .....

Saturday, August 16, 2008

Saiful Bukhari Azlan



Saiful Bukhari Azlan, the former aide of Malaysian opposition leader Anwar Ibrahim, holds a copy of the Quran as he swears that he was sodomized by Anwar in Kuala Lumpur, Malaysia, Friday, Aug. 15, 2008. The young Muslim man who previously accused Malaysian opposition leader Anwar Ibrahim of sodomy claimed Friday that he was raped by him, and swore on the Quran that he is telling the truth.








Friday, August 15, 2008

Sidang Media Saipull Selepas Bersumpah Di Hotel Bersama Peguamnya

Berikut adalah kenyataan yang dibaca oleh Saiful:

Saya rasa telah tiba masanya untuk saya menunaikan tanggungjawab saya sebagai orang Islam dan rakyat Malaysia bagi menegakkan hak dan menidakkan yang batil. Saya dengan ini telah bersumpah dengan nama Allah di Masjid Wilayah Persekutuan petang tadi mengikut cara yang dituntut oleh agama Islam, sepertimana yang telah dinasihatkan dan ditunjuk ajar oleh ulama dan mufti berkenaan saya telah diliwat oleh Anwar bin Ibrahim.



Akad sumpah ini saya lakukan dengan kerelaan saya sendiri yang datangnya dari lubuk hati saya yang mendalam bagi menegakkan kebenaran sebagai seorang yang beragama Islam, berbangsa Melayu dan sebagai seorang rakyat Malaysia.

Saya juga amat memahami bahawa sumpah dengan nama Allah ini, jika ia tidak benar dan merupakan satu ciptaan saya semata-mata atau mana-mana pihak, maka saya akan dilaknat, ditimpa malapetaka dan bencana kepada saya, serta keluarga, keturunan saya selamanya oleh Allah SWT.

Saya melakukan sumpah dengan nama Allah SWT kerana mahu membuktikan bahawa dakwaan saya amat benar dan oleh kerana itu, saya amat berani bersumpah. Ini jalan terbaik bagi saya mendapat keadilan di dunia dan akhirat dan mengembalikan maruah dan harga diri saya di mana hanya kepada Allah SWT tempat saya mengadu.

Saya melakukannya kerana Allah SWT. Saya bersumpah di dalam rumah Allah yang mulia tadi bahawa saya telah diaibkan dan diliwat oleh majikan saya Anwar bin Ibrahim dan saya tidak memilih berdolak dalih dengan pelbagai alasan serta penipuan kepada seluruh masyarakat tentang isu dakwaan liwat saya ini seperti yang dibuat oleh Anwar bin Ibrahim.

Dengan ini saya mencabar Anwar bin Ibrahim bersumpah dengan cara sebenar-benarnya Islam dengan melakukannya di masjid dengan disaksikan oleh ulama dan mufti serta seluruh rakyat Malaysia bagi menafikan dakwaan saya adalah tidak benar.

Sesi soalan jawab

Wartawan: Waktu angkat sumpah siapa saksi?

Peguam Zamri Idrus: Semua imam-imam Masjid Wilayah Persekutuan.

Wartawan: Ke mana hilang selama ini?

Mohd Saiful: Saya bukan menghilangkan diri tetapi mendiamkan diri untk mengumpulkan kekuatan kerana saya telah difitnah, dengan macam-macam, terutamanya sekali oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jadi itulah alasan saya.

Wartawan: Kenapa Saiful pilih hari ini dan di Masjid Wilayah Persekutuan?

Mohd Saiful: Saya telah lama berniat nak buat ini tetapi ia perlukan satu kekuatan mental dan juga rohani kerana bersumpah ini bukan sesuatu yang mudah dan boleh dibuat secara suka-suka kerana akibatnya dia boleh dilaknat. Alhamdulillah, Allah SWT telah memberikan saya kekuatan dan saya bersumpah pada hari ini.

Wartawan: Adakah kerana esok penamaan calon di Permatang Pauh.

Mohd Saiful: Tidak, tidak, sama sekali.

Wartawan: Bagaimana perasaan Saiful lepas bersumpah?

Mohd Saiful: Alhamdulillah, saya berasa lega dan buat pertama kalinya saya dapat memberanikan diri dan diberikan kekuatan oleh Allah SWT untuk berdepan dengan para wartawan.

Wartawan: Kamu bercadang berkempen di Permatang Pauh?

Mohd Saiful: This is not a political matter (ini bukan satu perkara politik), ini adalah dakwaan kes peribadi antara Anwar Ibrahim dan saya.

Wartawan: Tetapi ingat, tuduhan ke atas Anwar adalah suka sama suka?

Mohd Saiful: Saya ingin tegaskan di sini bahawa perkara itu berlaku tanpa kerelaan hati saya.

Wartawan: Ada yang kata lebih daripada sekali.

Mohd Saiful: Itu saya akan beri keterangan di mahkamah.

Wartawan: Betul kamu buat pemeriksaan di Pusrawi?

Mohd Saiful: Itu saya akan jawab di mahkamah.

Wartawan: Kenapa pada mulanya kamu pergi ke Hospital Pusrawi?

Mohd Saiful: Itu keterangan di mahkamah nanti.

Wartawan: Tapi betul Saiful pergi ke Pusrawi hari itu?

Mohd Saiful: Keterangan di mahkamah. Saya akan bagi keterangan. Dan iyalah, saya bukan seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim ingin melaksanakan media trial, jadi saya akan memberikan keterangan saya dan bekerjasama semasa di mahkamah nanti.

Wartawan: Ini kali pertama kamu diliwat?

Mohd Saiful: Ya, pertama kali.

Wartawan: Besok penamaan calon, kenapa hari ini… saya harap kamu faham. Saya bukan nak buat apa-apa, tanya saja.

Mohd Saiful: Saya faham, secara kebetulan saja. Kalau nak ikutkan kita pun tak tahu Anwar akan bertanding. Laporan saya itu pun 28 Jun, kita tak tahu dia akan bertanding bila. Tetapi saya ingin tegaskan di sini, saya memerlukan kekuatan dan alhamdulillah Allah SWT memberikan saya kekuatan untuk mengadakan sumpah hari ini. Dan hari ini hari Jumaat, hari yang sangat dirahmati Allah SWT.

Wartawan: Anwar kata masa itu dia ada saksi dan dia tak pernah keseorangan dengan Saiful pada masa tersebut.

Mohd Saiful: Itu kita tengoklah di mahkamah nanti.

Wartawan: Benar kamu buat laporan polis? Kamu ada salinan laporan polis?

Mohd Saiful: Saya nak tegaskan di sini, saya buat laporan polis 5.30 tetapi saya tengok dalam 6.30 dah terpapar di SMS dan lamanweb. Saya tidak tahu kenapa. Dan saya sendiri yang menulis laporan polis tersebut.

Wartawan: Adakah kamu bertemu Datuk Najib?

Mohd Saiful: Itu saya akan jawab di mahkamah.

Wartawan: Kalau Anwar melakukan sumpah, apa pandangan kamu?

Mohd Saiful: Ok tidak apa. Saya telah melakukan tanggungjawab saya. Saya sudah lakukannya. Jikalau beliau hendak lakukan, terpulang kepada beliau sebab ia bukan tentukan sama ada salah atau tidak. Kita tengok di mahkamah nanti.

Video angkat sumpah ditayangkan.

Mohd Saiful: Jumpa 10 haribulan nanti di mahkamah. Terima kasih.

Mohd Saiful kemudiannya beredar melalui pintu belakang dengan peguamnya dan tidak mahu menjawab lagi soalan wartawan.

Saiful bersumpah


Oleh SITI AZIRA ABD AZIZ

Selepas lebih seminggu kes diliwat disebut di mahkamah, Mohd Saiful Bukhari Azlan, bekas pembantu peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim melakukan sumpah mubahalah di Masjid Wilayah Persekutuan di sini petang ini.




Saiful, 23, memilih hari Jumaat untuk menyempurnakan upacara sumpahnya.




Pada pukul 6.23 petang, Saiful yang berpakaian baju Melayu warna coklat dengan songkok sambil diperhatikan oleh ayahnya, Azlan Mohd Lazim yang berbaju Melayu biru telah melafazkan sumpah.



Turut menyaksikan upacara itu ialah Imam Masjid Wilayah Persekutuan dan bapa saudara Saiful, 'Uncle Pet.'



Sambil memegang al-Quran, Saiful yang duduk bersila di atas sejadah sambil mengadap kiblat dan diperhatikan bapanya, telah memulakan upacara 'bermubahalah' dimulai dengan mengucap dua kalimah Syahadah sebanyak tiga kali dan bacaan Al-Fatihah.



"Bismillahirrahman nirrahim. Pada hari ini, 15 Ogos 2008, saya Mohd Saiful Bukhari Bin Azlan, No Kad Pengenalan 850706-01-5687 dengan ini sesungguhnya dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang berikrar dan bersumpah seperti berikut....A'uzubilahiminasyaitanirrajim. Bismillahirrahman nirrahim. Wallahi...Wabillahi....Wata'alahi. Saya bersumpah bahawa saya telah diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 26 hb Jun 2008 iaitu pada tarikh tersebut Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memasukkan zakarnya ke dalam lubang dubur saya. Jika saya berdusta, atas pengakuan ini, maka saya berdusta terhadap Allah dan saya sanggup menerima azab, laknat dan kutukan daripada Allah hingga ke kiamat. Wallahualam."

Sejurus selepas upacara bersumpah itu, Saiful memeluk bapanya, Azlan dan menerima ciuman bapanya di dahi kemudian terus bergegas meninggalkan masjid tanpa memberi peluang kepada pihak wartawan untuk menemuramahnya.

Saiful memeluk bapanya, Azlan dan menerima ciuman bapanya di dahi sejurus membacakan sumpah 'mubahalah'.

Anwar mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada 7 Ogos lalu terhadap tuduhan melakukan seks luar tabii terhadap Saiful pada Jun lepas.

Anwar, 61, dituduh melakukan perbuatan itu terhadap Mohamad Saiful, 23, pada antara 3.01 petang dan 4.30 petang 23 Jun 2008 di unit 1151 Desa Damansara Condominium, No 99, Jalan Setiakasih Bukit Damansara di sini.

Pertuduhan adalah mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebat.

Anwar dibebaskan atas bon peribadi RM20,000.

Kes itu akan disebut semula pada 10 September dan kemungkinan akan dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.

Majlis Wilayah Persekutuan terletak berdekatan dengan Kompleks Mahkamah Jalan Duta.

Upacara itu diadakan sehari sebelum Anwar mengemukakan borang pencalonan untuk bertanding dalam pilihan raya kecil kerusi Permatang Pauh.

Tinjauan mendapati sebelum itu Saiful melakukan sumpah, pihak media telah berkumpul sejak selepas Asar tadi setelah diberitahu upacara sumpah 'mubahalah' akan dilakukan oleh Saiful.

Sebelum itu, Saiful didapati telah hadir di masjid tersebut sekitar pukul 4.30 petang tadi.

Dalam pukul 5.30 petang tadi, lebih kurang 30 wartawan cuba menyelinap masuk ke dalam Masjid Wilayah Persekutuan untuk melihat apa yang berlaku tetapi telah dihalau oleh pihak keselamatan pada mulanya.

Apabila ditanya kenapa wartawan dihalau, pihak keselamatan berkata itu, adalah arahan pihak atasan.

Bagaimanapun, pihak wartawan berjaya juga memasuki masjid itu.

Difahamkan, Saiful telah 'disorokkan' di salah sebuah bilik dalam masjid itu.

Kelihatan dua orang pengawal keselamatan bersama seorang lelaki dan dua orang wanita sedang menunggu di hadapan pintu bilik tersebut yang sementara di hadapan pintu pejabat pentadbiran masjid, kelihatan seorang lelaki yang memakai baju Melayu berwarna ungu sedang berbual-bual dengan pengawal keselamatan.

Juga kelihatan bapa saudara Saiful, yang lebih dikenali dengan nama 'Uncle Pet' sedang bercakap dalam telefon bimbitnya dan dari sumber percakapan seperti mengatakan sesuatu tentang mengambil 'wudhu.'

Sejurus selepas itu, Uncle Pet memberitahu kepada wartawan yang Saiful ada di dalam.

"Dia kat dalam...," kata Uncle Pet tapi enggan mengulas dengan lebih lanjut.

Cadangan 'bermubahalah' ini pertama kali diusulkan oleh Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin Julai lalu.

Gesaan ini dibuat untuk meredakan kekalutan yang sedang berlaku sekarang di mana Anwar menghadapi tuduhan meliwat oleh Saiful Bukhari. Ini adalah kali kedua Anwar menghadapi isu dakwaan meliwat. Kali pertama ialah pada tahun 1998.

Menurut Asri, "Kedua-dua mereka (Saiful dan Anwar), baik yang menuduh atau yang dituduh meliwat hendaklah bermubahalah kerana inilah cara yang pernah Nabi buat dulu."

Tuesday, August 12, 2008

Pertuduhan Rasmi

Bahawa kamu, pada 26 Jun 2008 antara jam 3.01 petang dan 4.30 petang di alamat Unit 11-5-1, Desa Damansara Condominium, No 99 Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah dengan sengaja melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii dengan Mohd Saiful Bukhari bin Azlan dengan memasukkan zakar kamu ke dalam duburnya; dan oleh yang demikian kamu telah melakukan satu kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 377B Kanun Keseksaan.

Sekiranya disabitkan menurut Seksyen 377B Kanun Keseksaan, kamu hendaklah dihukum dengan penjara selama tempoh yang boleh sampai 20 tahun, dan bolehlah juga dikenakan sebatan.

Monday, August 11, 2008

Teori RPK terbaru

Firstly, Saiful met Najib before the so-called sodomy took place. No doubt, at first, Najib denied meeting him and then later admitted meeting him but explained that it was for purposes of career guidance and to help the young man obtain a scholarship. Later on, Najib confessed he met Saiful to discuss the sodomy allegation against Anwar. This flip-flopping and inconsistency -- denial and then confessing only when it appeared like he could no longer deny it -- makes Najib appear like he is lying and therefore is trying to cover up an evil deed.

Najib’s responses certainly make him look like a liar and therefore he must have something to hide if he is lying. A lying man is certainly the mark of a guilty man, which makes it look like he is behind the conspiracy, or at least involved in the conspiracy to frame Anwar. But this is what they are trying to make us believe. Why this effort to make it appear like Najib is the culprit if not to deflect all attention from whoever is the real culprit?

Now, the day after Saiful met Najib, he met Rodwan in room 619 of the Kuala Lumpur Concorde. Najib did not know this of course. Prior to that meeting, Rodwan and Saiful spoke over the phone at least eight times. We can only assume that part of this conversation involved asking Saiful to go meet Najib and to make sure that everyone knows about it so that the conspiracy points to Najib. The fact that Saiful brought a friend along only reinforces this assumption, especialy when this friend is aligned to Anwar Ibrahim.

The man who is the real mastermind behind this latest conspiracy to frame Anwar is Shafee Abdullah. Just days before the sodomy allegation exploded, and even before Saiful’s meeting with Rodwan on 25 June 2008, Shafee was in Najib’s house to attend a gathering. And in front of scores of witnesses he asked to be excused early because he ‘had a very big fish to catch’. Shafee conveniently made it known that he is behind the move to catch the ‘big fish’ and he wanted all those in Najib’s house to be aware that Najib was in the know. Actually, Najib did not know what he was talking about and assumed that the ‘big fish’ meant Raja Petra Kamarudin and was with regards to the Statutory Declaration that he had signed just days earlier on 18 June 2008.

Shafee was supposed to have led the prosecution against Anwar. A provision in the law called FIAT allows the Attorney-General to appoint an outsider to conduct the prosecution. If Shafee does well then he would most likely be appointed the next Attorney-General. When word got out that he is heading the special police operations centre, which was located in his office, they had to abandon the whole idea.

Shafee’s hands are behind the whole thing. And this can only happen with Abdullah’s blessing. No, it is not Mahathir who is behind this. And it is not Abdullah, Najib and Anwar who are the three victims. The victims are Mahathir, Najib and Anwar. Abdullah is the hidden hand and Shafee is the henchman who was tasked with the job of implementing the evil deed. Politics is not what it always appears to be in Malaysia. That is how Malay politics is played out.