Thursday, July 31, 2008

Saiful Nekad Bunuh Diri?

Saiful telah membuat laporan polis pada Sabtu lalu.

Dalam pada itu, Saiful, bekas pelajar Universiti Tenaga Nasional (Uniten) dilaporkan pernah nekad untuk membunuh diri kerana tertekan dengan apa yang telah dilakukannya.

Ini diberitahu sendiri oleh ayah saudaranya dalam satu pertemuan dengan wartawan The Star semalam.

Ayah saudara Saiful, yang enggan dikenali berkata, Saiful hampir mengambil jalan pintas untuk membunuh diri kerana dia sedar apa yang dilakukannya adalah satu dosa besar.

"Saiful membuat pengorbanan ini demi negara walaupun dia sedar masyarakat akan memandang serong dan mencemuh dirinya dan keluarga selepas pendedahan ini," katanya lagi.

"Sebagai keluarga, kami akan berdiri teguh di belakangnya," katanya.

Beliau juga tegas berkata, tidak ada siapapun yang memaksa Saiful membuat pengakuan tersebut dan menyifatkan apa yang terjadi sebagai masalah keluarga.

"Kami tidak mendapat sokongan daripada pihak kerajaan. Kami bersendirian dalam hal ini. Sebagai keluarga kami akan menyokong penuh tindakan Saiful.

"Sebelum ini, kami pernah cuba meminta bantuan pihak kerajaan tetapi mereka memberitahu tidak mahu terlibat sama," katanya ketika ditemui di rumahnya di Bandar Utama dekat sini.

Beliau juga mengaku sudah beberapa kali menghubungi Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan tetapi diberitahu agar tidak menghubunginya lagi.

Beliau juga memberitahu bahawa anak saudaranya pernah pergi ke Bukit Aman untuk membuat laporan tetapi pihak sana telah menyuruh dia balik setelah mendapat tahu siapa yang terlibat.

Mohd Saiful akhirnya telah membuat laporan di pondok polis Hospital Kuala Lumpur yang sanggup mengambil laporan polisnya, kata ayah saudara Saiful lagi.

"Saiful bukan berada di hospital tetapi di bawah perlindungan polis dan keluarga kami sendiri tidak tahu di mana dia berada kini," katanya.

Ayah saudara Saiful mengaku beliau pernah menjadi penyokong kuat Anwar sebelum ini tetapi tidak lagi selepas apa yang berlaku kini.

Ketika ditanya tentang gambar yang dirakaman Saiful bersama beberapa Menteri Kabinet dan pegawai di Pejabat Perdana Menteri, beliau berkata itu adalah perkara biasa bagi pelajar untuk mengambil foto dengan pegawai kerajaan.

http://klpos.com

At 2.30pm on Wednesday

At 2.30pm on Wednesday, 25 June 2008, Senior Assistant Commissioner (SAC) II Mohd Rodwan Mohd Yusof met Mohd Saiful Bukhari Azlan in room 619 of the Concorde Hotel in Kuala Lumpur. Prior to this secret meeting, Rodwan and Saiful spoke on the phone at least eight (8) times.

Three days later, at 2.00pm on 28 June 2008, Saiful went to see Dr Mohamed Osman Abdul Hamid of the Hospital Pusrawi to ‘complain’ that he had been sodomised by ‘a very important person’ and that he wished to lodge a police report. The doctor, however, found no traces or evidence that he had been sodomised and suggested, for purposes of the police report, that Saiful go to a government hospital

Wednesday, July 30, 2008

Surat Azlan

Below is the full handwritten statement by Mohd Saiful Bukhari Azlan dated on July 30, 2008:

1. I have made a police report that I was sodomised by Dato' Seri Anwar Ibrahim. I leave it to the police to conduct the investigation on my police report. I am now waiting for the findings from the police to bring the individual to justice

2. I demand that Dato' Seri Anwar Ibrahim not to waver and give excuses over this case.

3. I also wish to state that there is no reason for me to falsely accuse and victimise Dato' Seri Anwar Ibrahim.

Dated 30/07/08Mohd Saiful Azlan Bukhari

Laporan Hospital Pusrawi




Menurut laporan itu lagi Saiful mengadu mengalami tenesmus iaitu kesukaran dan kesakitan ketika membuang air besar. Setelah diperiksa Dr Mohamed Osman mendapati dubur Saiful “tidak mengalami pendarahan aktif”, “tiada kesan ulser atau nanah” dan “tiada kesan koyak atau calar”. Beliau juga menyatakan Saiful kelihatan “jaga”, “selesa”, “tidak pucat” dan tidak menunjukkan sebarang tanda demam.

Najib Mengaku


Timbalan perdana menteri Datuk Seri Najib Razak mengaku bahawa Mohd Saiful Bukhari Azlan datang menemuinya beberapa hari sebelum membuat laporan polis mendakwa diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Menurutnya, Mohd Saiful (foto) menemuinya beberapa hari sebelum membuat laporan polis tersebut, bercerita mendakwa telah diliwat oleh penasihat PKR."Saya mula-mula tidak berapa yakin dengan ceritanya.


Saya menerima kedatangannya atas sifat saya seorang pemimpin. "Dia datang beberapa hari lalu, sebelum laporan polis dibuat."


Dia datang kerana mahu pertolongan daripada saya," katanya sambil menambah, Saiful kenal salah seorang pegawainya."Dia datang di pejabat saya, saya nampak dia dalam ketakutan. Tangan seram sejuk," katanya kepada pemberita di bangunan Parlimen.


Najib berkata, bekas pemimpin pelajar Universiti Tenaga Nasional (Uniten) itu telah menceritakan segala-galanya kepada beliau.


Bagaimanapun, kata Najib, beliau tidak menasihatkan Saiful supaya membuat laporan polis.Najib juga berkata, Saiful pernah datang menemuinya di kediamannya sebelum ini untuk memohon biasiswa.

Tuesday, July 29, 2008

Buat Laporan?


Saiful Bukhari Azlan, who has alleged Malaysia's de facto opposition leader Anwar Ibrahim had sodomised him, arrives at a police station in Kuala Lumpur July 2, 2008

Zamri Idrus

Suasana lobi sebuah hotel di Kuala Lumpur yang selama ini tenang menjadi ‘panas’ dengan kehadiran puluhan wartawan dalam dan luar negara apabila buat pertama kalinya secara terbuka pihak keluarga Saiful Bukhari Azlan yang mendakwa diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim melalui peguamnya mengadakan sidang media pada jam 4.30 petang.

Lebih panas apabila peguam Zamri Idrus secara terbuka menegaskan, secara peribadi setelah meneliti semua fakta, beliau yakin memang adanya kes yang melibatkan Anwar dalam isu liwat tersebut.


“Saiful adalah anak guam saya, sebagai peguamnya saya memang yakin berdasarkan keterangan Saiful kepada saya,” katanya ketika ditanya adakah beliau yakin adanya kes terhadap dakwaan yang dibuat oleh Saiful terhadap Anwar.


Katanya itu adalah pandangan peribadinya mengenai kes itu dan terserah kepada siasatan polis untuk menentukan kedudukan sebenar.


Hadir sama pada sidang akhbar itu ialah bapa saudara Saiful (baju T merah) yang hanya mahu dikenali sebagai ‘Uncle Pet’.


Zamri membacakan kenyataan media yang dibuat oleh bapa Saiful,Azlan Mohd Lazim.
Sidang media tersebut yang bertukar seolah-olah menjadi sesi ‘perbicaraan’ turut menyaksikan isu sama ada laporan polis itu benar-benar wujud atau tidak ekoran kenyataan Anwar yang mempertikaikan sehingga kini beliau tidak mendapat salinan laporan polis berkenaan.


Zamri berkata, laporan polis memang telah dibuat dan beliau sendiri telah melihat salinan laporan polis tersebut.


Terdahulu semasa membaca kenyataan bapa Saiful itu mendesak supaya Anwar memberikan kerjasama kepada polis untuk menyegerakan siasatan termasuk memberikan kerjasama untuk membolehkan ujian DNA dijalankan.


Menurut Azlan, sikap berdolak dalik Anwar telah menyebabkan siasatan tersebut tidak dapat disegerakan dan mendesak pihak berkuasa agar segera menyelesaikan siasatan kes berkenaan dan membawa indvidu yang terbabit dalam kes berkenaan ke muka pengadilan.


Azlan juga dalam kenyataannya itu berkata, anaknya Saiful bersedia untuk bersumpah bersumpah menurut cara Islam yang di mana-mana masjid dengan disaksi ulama untuk menegakkan kebenaran.


Bagaimanapun katanya, sumpah berkenaan hanya boleh dibuat setelah pihak polis menyelesaikan siasatannya.


Ketika ditanya adakah Saiful seorang gay (homoseksual), Zamri menegaskan anak guamnya bukan terdiri daripada golongan tersebut.


Ditanya, adakah benar Saiful kini dalam jagaan polis, peguam itu berkata, saiful kini bukan dalam jagaan polis tetapi dalam perlindungan polis untuk menjamin keselamatannya.


Selain persoalan berkenaan, wartawan juga bertanya kenapa bapa Saiful sendiri tidak tampil untuk membuat kenyataan berkenaan, Zamri berkata, buat masa ini bapa Saiful mempunyai komitmen lain dan pihaknya diminta untuk berbuat demikian.

Tuesday, July 22, 2008

Saiful Bukan Gay?

Saiful bukan gay, bapa Saiful mahu Anwar jalani ujian DNA

KUALA LUMPUR: Mangsa dakwaan liwat Penasihat Parti Keadilan Rakyat, Mohd Saiful Bukhari Azlan bukan seorang gay.

Demikian kenyataan peguamnya, Zamri Idrus ketika ditanya adakah Saiful seorang yang mengamalkan homoseks atau gay.

Sementara itu, ayah Saiful, Azlan Mohd Lazim mahu Penasihat Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim tampil memberi sampel DNA bagi melengkapkan siasatan polis.

Beliau berkata, Anwar sudah terlalu banyak memberi alasan dan berdolak-dalik berhubung siasatan dalam kes terbabit.

"Demi membela Mohd Saiful yang menjadi mangsa bekas majikannya, saya dan keluarga menuntut dengan setegas-tegasnya kepada individu terbabit (Anwar) supaya memberikan kerjasama sepenuhnya dalam penyiasatan polis," katanya.

Azlan turut menggesa Anwar tampil memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak polis bagi membantu siasatan terutamanya berhubung ujian DNA.

Jelas beliau, anaknya telah tampil kerana yakin terhadap kebenaran.

Kata Azlan, Saiful telah memberi kerjasama sepenuhnya kepada polis untuk menjalankan siasatan.

Perkara tersebut terkandung dalam kenyataan lima perenggan Azlan yang dibacakan oleh peguam Saiful, Zamri Idrus pada sidang media di sini hari ini.

Azlan turut mempertahankan laporan polis yang Saiful diliwat oleh bekas Timbalan Perdana Menteri itu pada 26 Jun lalu.

Azlan turut melahirkan rasa sedih anaknya, Mohd Saiful dilakukan sedemikian oleh Anwar.

"Saiful berkali-kali menyebut kepada saya dan keluarga kami bahawa bertindak begini kerana kebenaran dan kepada Allah s.w.t supaya menunjukkan kebenaran itu.

"Yang penting saya dan keluarga memohon kepada pihak berwajib membawa individu yang terlibat ke muka pengadilan secepat mungkin," katanya.

Azlan yang menandatangani kenyataan media tersebut turut menyatakan kesediaan Saiful untuk bersumpah menurut cara Islam yang sebenar-benarnya.

"Saiful bersedia bersumpah di masjid dengan disaksikan para ulama demi membuktikkan kebenaran bahawa beliau diliwat seperti yang dilaporkannya kepada polis," katanya.

Ketika ditanya bila Saiful akan bersumpah di masjid seperti yang dinyatakan, peguam Saiful berkata, semuanya bergantung siasatan kepada polis.

"Kita tidak dapat memberikan tarikhnya sekarang, semuanya bergantung kepada siasatan polis," kata Zamri yang dilantik mewakili Saiful jika kes tersebut di bawa ke mahkamah.

Dalam pada itu, Zamri berkata, ayah Saiful tidak dapat hadir dalam sidang media itu kerana beliau mempunyai hal lain.

Zamri menegaskan, beliau telah melihat laporan polis yang telah dibuat oleh Saiful pada 26 Jun lalu.

"Ya, saya telah melihat laporan polis yang dibuat oleh Saiful," tegasnya yang enggan mendedahkan kandungannya.

Ketika ditanya sama ada beliau yakin adanya kes terhadap dakwaan yang dibuat oleh Saiful terhadap Anwar, beliau memberitahu:

"Saiful adalah anak guam saya dan berdasarkan keterangannya kepada saya yakin kepada beliau (Saiful). Namun semuanya bergantung kepada siasatan polis."

Beliau enggan mengulas lanjut kerana bimbang ia akan mengganggu siasatan pihak polis.

Ditanya mengenai bila kali terakhir menemui Saiful, Zamri berkata

"Saya menemuinya beberapa hari yang lalu. Dia sihat," katanya.

Zamri turut menafikan dakwaan terhadap teori konspirasi sesetengah pihak bahawa Saiful dibayar oleh pihak tertentu untuk membuat laporan polis.

Beliau menegaskan, perkara tersebut adalah tidak benar dan tidak pernah dinyatakan kepadanya.

Ketika ditanya mengenai hubungan Mohd Saiful dengan kenalan baiknya Rahimi Osman dan bekas pemimpin kanan PKR Mohamad Ezam Mohd Nor dengan seorang pemimpin negara, Zamri menjelaskan:

"Tidak, tidak... perkara ini biarlah pihak polis lakukan siasatan dahulu."

Beliau turut menyatakan Saiful berada dalam keadaan selamat dan polis hanya memberi perlindungan keselamatan kepadanya.

Dalam pada itu, bapa saudara Saiful yang dikenali sebagai 'Uncle Pet' turut hadir dalam sidang akhbar tersebut.

Beliau melahirkan keyakinan terhadap laporan polis yang dibuat anak saudaranya Jun lalu.

"Saya kenal anak saudara saya (Saiful). Saya yakin kepadanya dan tahu dia tidak berbohong," katanya.

Saiful Lapor Dengan Rela

KUALA LUMPUR: Mohd. Saiful Bukhari Azlan (gambar) tidak dibayar untuk membuat laporan polis terhadap Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang didakwa telah meliwatnya, kata peguamnya Zamri Idrus.

Menafikan dakwaan terhadap teori konspirasi sesetengah pihak bahawa beliau dibayar oleh pihak tertentu untuk membuat laporan polis, peguam Mohd Saiful berkata: "Itu tidak benar."

Zamri, yang mewakili bapa Mohd. Saiful, Azlan Mohd Lazim pada satu sidang akhbar hari ini, beria-ia menafikan dakwaan bahawa anak guamnya adalah seorang homoseksual.

Zamri berkata, beliau percaya dan yakin dengan kes Mohd Saiful.
Bapa saudara Mohd Saiful, yang hanya mahu dikenali sebagai "Uncle Pet", berkata gambar Mohd Saiful dengan beberapa menteri diperoleh semasa beliau menjadi pemimpin pelajar dan Mohd Saiful tidak mengenali mereka secara peribadi.

"Saya rasa kalau manamana ketua pelajar pun pasti akan mengambil gambar dengan menteri sebagai kenangan. Memang dia tidak kenal manamana (menteri)," katanya.

Bersetuju dengan pendapat Uncle Pet, Zamri berkata: "Anda boleh mengambil gambar dengan sesiapa sahaja anda suka. Gambar tidak menceritakan apa-apa. Ia hanya gambar. Dan dalam masa itu (Mohd) Saiful merupakan bekas pemimpin, ketua pelajar semasa di universiti."

Zamri, yang mengakui menemui Mohd. Saiful beberapa hari lepas, berkata anak guamnya pada masa ini "selamat" di bawah perlindungan polis dan sihat.
Beliau, bagaimanapun, enggan mendedahkan di mana Mohd Saiful berada.

"Kami tetap teruskan kehidupan. Ini kerana kita orang Islam, kita berserah kepada Allah.

"Selagi kita berserah kepada Allah, bantuan tetap akan datang. Itu sahaja," kata Uncle Pet ketika ditanya mengenai keadaan keluarganya dan bagaimana mereka menghadapi saatsaat sukar ini. BERNAMA

Monday, July 21, 2008

KENYATAAN MEDIA AYAH MOHD SAIFUL BUKHARI

21-07-2008 09:40:38 PM
1) Saya, Azlan Bin Mohd Lazim, sebagai bapa kepada Mohd Saiful Bukhari amat sedih dengan apa yang telah terjadi ke atas anak saya. Sebagaimana laporan polis yang dibuat oleh anak saya bahawa beliau telah diperlakukan dan diliwat oleh majikan beliau iaitu Dato’ Seri Anwar Ibrahim .

2) Anak saya mengambil sikap berani kerana benar dan beliau tanpa sebarang masalah telah memberikan kerjasama yang sepenuhnya bagi membantu pihak polis membuat siasatan bukan seperti bekas majikan beliau itu yang sungguh banyak alasan dan dolak daliknya.

3) Justeru itu, demi membela Mohd Saiful Bukhari yang menjadi mangsa majikannya ini, saya dan keluarga saya menuntut dengan setegasnya kepada individu yang terlibat supaya memberikan kerjasama yang sepenuhnya dalam penyiasatan pihak polis.

4) Dengan ini saya ingin memaklumkan bahawa anak saya, Mohd Saiful Bukhari telah menyatakan kesediaan dan kesanggupan beliau pada bila-bila masa untuk bersumpah menurut cara Islam yang sebenar-benarnya di masjid dan disaksikan para ulama demi menegakkan kebenaran bahawa beliau telah diliwat seperti yang dilaporkan kepada polis, tetapi biarlah setelah siasatan pihak polis.

5) Saiful berkali-kali menyebut kepada saya dan keluarga kami bahawa beliau bertindak begini kerana kebenaran dan saya berdoa kepada Allah SWT supaya menunjukkan kebenaran itu. Yang penting, saya dan keluarga saya memohon kepada pihak berwajib membawa individu yang terlibat ke muka pengadilan secepat mungkin.

Kenyataan lima perenggan ini telah ditandatangani oleh Azlan Mohd Lazim hari ini.

Tuesday, July 8, 2008

Dari Tunang Saiful

Tunang Saiful Bukhari Azlan, Janna Mohd Zaki menganggapnya sebagai hero walau apapun cemuhan yang dilemparkan terhadap Saiful. Janna meluahkan isi hatinya ini di dalam nota terbaru di blognya sempena hari lahir Saiful yang ke 23 semalam, 6 Julai. Saiful Bukhari merupakan bekas pembantu peribadi Dato Seri Anwar Ibrahim yang mendakwa dirinya telah diliwat oleh bekas majikannya itu.Dalam posting terbarunya dalam blog, 'A Step in My Pink Mary Janes', Janna berkata walaupun dia tidak dapat menunaikan segala hasrat menyambut hari lahir Saiful seperti yang dirancang setelah berhempas pulas membuat segala persiapan, dia tidak terkilan.

Emel Saiful

From: Saiful Bukhari [..........]Sent: Tuesday, July 08, 2008 4:41 AMTo: newsSubject: BermuhabalahAssalammualaikum dan Salam Sejahtera Rakyat Malaysia, Dengan ini, saya Mohd Saiful Bukhari Bin Azlan ingin mencabar Anwar Ibrahim supaya BERMUBAHALAH di hadapan para ulamak. Kepada Rakyat Malaysia yang dikasihi, Ingin saya tegaskan disini bahawa isu ini adalah ISU PERIBADI antara saya dan Anwar. Saya harap agar seluruh rakyat Malaysia bertenang dan tidak termakan dengan taktik kotor si MUNAFIK yang sedang dalam kelemasan ini. Saya terima segala tohmahan dengan hati terbuka dan tidak sesekali mempersalahkan rakyat dalam hal ini.Sebagai mangsa, saya berhak untuk mendapat pembelaan. "Yang HAK Pasti Berdiri, Yang BATIL Pasti Jatuh", Allahhuakbar. Sekian, Saiful Bukhari. p/s: Kepada Anwar, tetapkan tarikh dan masa untuk BERMUBAHALAH . Insyaallah saya akan hadir. Saya tidak gentar.