Thursday, July 31, 2008

Saiful Nekad Bunuh Diri?

Saiful telah membuat laporan polis pada Sabtu lalu.

Dalam pada itu, Saiful, bekas pelajar Universiti Tenaga Nasional (Uniten) dilaporkan pernah nekad untuk membunuh diri kerana tertekan dengan apa yang telah dilakukannya.

Ini diberitahu sendiri oleh ayah saudaranya dalam satu pertemuan dengan wartawan The Star semalam.

Ayah saudara Saiful, yang enggan dikenali berkata, Saiful hampir mengambil jalan pintas untuk membunuh diri kerana dia sedar apa yang dilakukannya adalah satu dosa besar.

"Saiful membuat pengorbanan ini demi negara walaupun dia sedar masyarakat akan memandang serong dan mencemuh dirinya dan keluarga selepas pendedahan ini," katanya lagi.

"Sebagai keluarga, kami akan berdiri teguh di belakangnya," katanya.

Beliau juga tegas berkata, tidak ada siapapun yang memaksa Saiful membuat pengakuan tersebut dan menyifatkan apa yang terjadi sebagai masalah keluarga.

"Kami tidak mendapat sokongan daripada pihak kerajaan. Kami bersendirian dalam hal ini. Sebagai keluarga kami akan menyokong penuh tindakan Saiful.

"Sebelum ini, kami pernah cuba meminta bantuan pihak kerajaan tetapi mereka memberitahu tidak mahu terlibat sama," katanya ketika ditemui di rumahnya di Bandar Utama dekat sini.

Beliau juga mengaku sudah beberapa kali menghubungi Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan tetapi diberitahu agar tidak menghubunginya lagi.

Beliau juga memberitahu bahawa anak saudaranya pernah pergi ke Bukit Aman untuk membuat laporan tetapi pihak sana telah menyuruh dia balik setelah mendapat tahu siapa yang terlibat.

Mohd Saiful akhirnya telah membuat laporan di pondok polis Hospital Kuala Lumpur yang sanggup mengambil laporan polisnya, kata ayah saudara Saiful lagi.

"Saiful bukan berada di hospital tetapi di bawah perlindungan polis dan keluarga kami sendiri tidak tahu di mana dia berada kini," katanya.

Ayah saudara Saiful mengaku beliau pernah menjadi penyokong kuat Anwar sebelum ini tetapi tidak lagi selepas apa yang berlaku kini.

Ketika ditanya tentang gambar yang dirakaman Saiful bersama beberapa Menteri Kabinet dan pegawai di Pejabat Perdana Menteri, beliau berkata itu adalah perkara biasa bagi pelajar untuk mengambil foto dengan pegawai kerajaan.

http://klpos.com

No comments: