Monday, August 4, 2008

Ezam enggan mengulas




Sementara itu, Mohamad Ezam enggan mengulas dakwaan ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR, Badrul Hisham Shaharin bahawa beliau pernah bertemu Mohd Saiful Bukari Azlan pada 27 Jun lalu, sehari sebelum bekas pembantu Anwar melaporkan kepada polis mendakwa diliwat bekas majikannya itu.

Badrul Hisham jua mendakwa Mohamad Ezam telah mendapat maklumat bahawa terdapatnya “konspirasi kedua” terhadap penasihat PKR itu empat bulan lalu.

“Saya diberitahu oleh dua orang yang hadir di mesyuarat tersebut bahawa Ezam menyatakan akan berlaku terhadap Anwar tuduhan yang sama tetapi watak yang berbeza,” katanya, lapor edisi terbaru Suara Keadilan


Sms daripada siapa?

“demi allah, wallahi. saya tidak terlibat dalam kes terbaru membabitkan dsai. haramlah segala amal saya sekiranya saya rancang hal ini. dan saya tanya pm pun dia bersumpah dia tak teribat. logiknya pun siapa nak buat konspirasi hal yang sama dua kali? sepatutnya dsai, dswa, azmin muhasabah drpd tuduh orang laindan wallahi saya tinggalkan dsai setahun selepas dia bebas bukan kerana umno/pangkat/harta seperti yg dituduh sekrang tetapi kerana saya tidak mahu subahat/kompromi dlm perkara2 ini yg jelas bercanggah dgn prinsip islam. kpd kawan2 pejuang islam dan reformasi carilah kebenaran. ezam m nor”

No comments: