Sunday, August 3, 2008

Sumpah Yang Sampah

Saya percaya kesetiaan Janna Syariza sekali-kali tidak dapat menandingi setiakasih Wan Azizah terhadap Anwar Ibrahim.

Menurut cakap-cakap beberapa orang teman yang berada dalam lingkungan akrab Janna, khabarnya gadis yang didakwa oleh Suara Keadilan sebagai anak kepada Mumtaz Jaafar ini (hakikatnya, Janna bukan anak Mumtaz Jaafar!) sedikit goyah kesetiaannya tatkala tersebar luas salinan transkrip laporan perubatan seorang 'lelaki' baru-baru ini. Laporan perubatan itu menyatakan bahawa 'lelaki' tersebut masih teruna duburnya.

Janna Syariza semestinya bukanlah satu-satunya gadis yang pernah hadir dalam kehidupan seorang 'lelaki' yang pernah merakamkan gambar dengan Khairil Annas Jusoh di Pejabat Timbalan Perdana Menteri suatu ketika dahulu.

Sememangnya bukan rahsia di kalangan teman-teman kampus bahawa 'lelaki' ini pernah meninggalkan gadis yang kini menjadi tunangannya untuk memadu kasih dengan seorang perawan dari seberang. Bergelar seorang buronan cinta barangkali menjadikan dirinya seorang yang bijak berpura-pura dan bermuka-muka.

Bersumpah setia dan bermadah yang indah-indah semestinya merupakan kemahiran yang dimiliki maka tidak hairanlah jika hari ini, 'lelaki' tersebut dengan mudah menyatakan sumpah dan ikrar, sekalipun atas nama tuhan!

Cuba tanyakan kepadanya, apakah janji-janji dan sumpah-sumpah yang pernah dilafazkan kepada bekas-bekas kekasihnya dulu sudah ditunaikan atau sebaliknya. Mungkin selepas ini Janna Syariza boleh mempertimbangkan pilihan lain yang jauh lebih jujur daripada 'lelaki' itu -- yang menjatuhkan martabat sumpah ke tahap sampah!

http://riwayathayat.blogspot.com/

dicatat oleh najwan halimi di 1:07 AM

No comments: